28 Disember 2021 - Program Misi Bantuan Banjir di negeri Pahang diteruskan hari ini oleh YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi dengan menyertai para sukarelawan IPT dalam program pembersihan Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR) Sungai Pandan, Paya Besar, Kuantan, Pahang.
YB Datuk Seri Dr. Noraini bersama lebih 350 orang para sukarelawan pelajar dan kakitangan UMP, UniSZA, UMT, Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Politeknik Muadzam Shah, Politeknik Ibrahim Sultan, Kolej Komuniti Kuantan bergotong royong untuk melupuskan barangan dan peralatan yang rosak di kediaman para penduduk stempat.
Misi tersebut juga telah dihadiri oleh Timbalan Ketua Pengarah JPPKK, Pengarah Bahagian Govenan dan Kompetansi serta Pengarah-Pengarah Politeknik dan Kolej Komuniti bersama-sama untuk meringankan beban mangsa banjir.
YB Datuk Seri Dr. Noraini juga menzahirkan rasa genbira terhadap semangat dan komitmen semua sukarelawan yang bersungguh-sungguh menjayakan misi pada kali ini. Semoga segala usaha kita semua ini mendapat rahmat dan keberkatan daripada Allah SWT.