Monday, January 17, 2022

SUKARELAWAN YES PMS DI SARIKEI SARAWAK

 

Sukarelawan Yes! PMS berlepas ke Sarikei Sarawak untuk mengadakan program CSR bertempat di Rumah Semanggang, Sg Nyelong, Sarikei pada 7 & 8 Mac 2020. Program ini diadakan bersama Kolej Komuniti Sarikei. Pelbagai aktiviti kemasyarakatan diadakan termasuklah melukis mural, gotong-royong, sukaneka dan penyerahan pakaian kepada penduduk rumah panjang tersebut.

Majlis telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Akademik, PMS Dr. Abdul Rahim Awang. Seramai 40 orang pelajar dan juga pensyarah dan PMS dan KK Sarikei telah menyertai program selama dua hari ini. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Pengarah KK Sarikei, Puan Rosilawati binti Mohd Rasul. Diharapkan dengan adanya program seumpama ini dapat mengeratkan hubungan diantara PMS dengan masyarakat Sarawak.




Sunday, January 16, 2022

KHIDMAT KOMUNITI DESA TANJUNG

 

Program khidmat kepada komuniti Desa Tanjung telah diadakan pada 25-27 November 2021. Dengan bertemakan Transformasi Kebersihan dan Keceriaan Taman Inspirasiku Desa Tanjung, seramai 21 orang pelajar daripada DRG 4A telah bersama-sama membuat lukisan mural dibawah seliaan En Zamzuri (Pegawai CSR). Selain daripada itu, program ini telah mendapat kerjasama daripada SW Corp, majlis Daerah Rompin, Alam Flora dan Jawatankuasa Kerja Kampung (JKKK) Desa Tanjung. Diharapkan program seumpama ini dapat meningkatkan lagi kerjasama PMS bersama agensi dan komuniti luar.




Wednesday, January 12, 2022

TRAGEDI TAHFIZ ITTIFAQIAH DIABADIKAN

 

Program CSR dari pelajar Politeknik Muadzam Shah telah mendapat perhatian umum apabila mereka melakarkan mural Tragedi Tahfiz Ittifaqiah di dinding Sekolah Menengah Agama Bukit Ibam (SMABI). Jika dilihat lukisan ini secara tiba-tiba kita mengimbau kembali kisah sedih yang berlaku di Tahfiz Ittifaqiah. Terima kasih kepada team CSR PMS yang telah berusaha menyiapkan mural ini yang menjadi tribute khas kepada tragedi tersebut. Semoga peristiwa ini menjadi iktibar kita bersama. Al-Fatihah.




Monday, January 3, 2022

TABUNG PRIHATIN MANGSA BANJIR

 

Politeknik Muadzam Shah bersama PUSPANITA dan PKPMS sedang giat menjalankan aktiviti sumbangan wang ringgit serta pengumpulan barangan terpakai untuk diagihkan kepada mangsa-mangsa banjir yang memerlukan. Antara barangan yang boleh disumbangkan ialah :

  • Pakaian terpakai (diasingkan mengikut ketegori)
  • Selimut
  • Barang Keperluan Bayi & Wanita
  • Kit Kebersihan
  • Pek Makanan Segera
  • Bantuan Perubatan

atau apa-apa sahaja barangan yang ingin disumbangkan. Sumbangan boleh dibuat bermula Khamis 23 Disember - Ahad 26 Disember 2021 bertempat di Pusat islam PMS.Sumbangan anda amat dialu alukan untuk membantu meringankan beban mereka yang memerlukan. Mari hulurkan sumbangan menerusi tabung prihatin mangsa banjir yang PMS.

PASCA BANJIR - RUMAH STAF

 

23 Disember 2021 - Sukarelawan PMS yang terdiri daripada pensyarah Politeknik Muadzam Shah telah hadir dan menyumbang tenaga dalam membantu membersihkan rumah staf yang terjejas akibat banjir yang melanda di daerah Kuantan. Semoga usaha ini dapat meringankan beban mereka yang dilanda musibah. Jutaan terima kasih kepada semua sukarelawan yang terlibat.



SUKARELAWAN YES PMS DI SARIKEI SARAWAK

  Sukarelawan Yes! PMS berlepas ke Sarikei Sarawak untuk mengadakan program CSR bertempat di Rumah Semanggang, Sg Nyelong, Sarikei pada 7 ...